Jumaat, 8 Ogos 2014

Permintaan Buah Kelapa Tua Semakin Meluas

Siapa kata dizaman serba moden dan pesat membangun ini hanya buah kelapa sawit dan getah yang tetap memiliki tempat di dalam dunia perniagaan dan pertanian?Mungkin kelapa ini tidak berharga di dalam kehidupan masyarakat setempat masakini.Namun,menjelang tahun 2010,penjualan buah kelapa tua semakin meningkat dan menarik minat para pekebun kelapa untuk terus mengusahakan kelapa.Mereka tidak menebang atau meracun pokok kelapa meskipun mereka mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit.
Dunia hari ini,para pembeli buah kelapa tua akan membeli secara borong dan terus kepada pekebun.
Disamping mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit,tidak salah jika kita meneruskan perusahaan kelapa kerana makin hari makin ramai yang bersaing mengusahakan kelapa sawit.Kita tentu faham keadaan turun naik harga tanaman dipasaran.
Sebenarnya buah kelapa yang sudah tua banyak kegunaannya dari makanan sampai kepada rawatan.Jadi perlu kita pertimbangkan sama ada kita pupuskan penanaman kelapa atau sebaliknya.Perlu juga diingat bahawa,sebelum manusia mampu memiliki bibit getah dan sawit,kelapa adalah pilihan asas dan penampung hidup sebuah keluarga khususnya masyarakat dusun di Sabah ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan