Kg.Mempakad Darat merupakan sebuah kampung yang sederhana luas.Saya tidak dapat menyatakan jumlah penduduk dan hektar keluasan namun yang jelas sempadan kg.mempakad Laut dan kampung Mempakad Darat ialah simpang Jalan Hup Seng(batu1-batu4).Penduduk yang mendiami kawasan mempakad darat ini ialah kimaragang.Mereka hidup bercucuk tanam,mengusahakan binatang ternakan dan sumber air adalah dari perigi atau telaga dan sungai.Penduduk disini mengalami kekurangan bekalan air apabila tiba musim kemarau kerana tidak mempunyai bekalan air paip yang cukup.Namun dari segi ekonomi cukup sederhana dan mulai meningkat.Mereka sudah mula melangkah ke arah pertanian moden seperti mengusahakan kebun getah,kelapa sawit dan penanaman lada padi secara terkini.
Tetapi mereka masih mengekalkan kebun kelapa.Permintaan buah kelapa makin meningkat sebenarnya.Apalagi musim perayaan.Buah kelapa yang sudah tua dibeli secara borong oleh induvidu yang tertentu.Baru baru ini ketika saya ke kota kinabalu,saya sempat meninjau ke "pasar plipin",saya terkejut melihat harga kelapa muda rm4,5,6 sebiji.Tetapi orang yang membeli secara borong selalunya membayar rm0.80 sebiji kelapa muda kepada penduduk disini.
Walaupun pada hakikatnya penduduk kg mempakad darat masih dalam ekonomi yang membimbangkan namun mereka tidak kekurangan budi pekerti dan memiliki kerendahan hati yang luar biasa.Mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka miliki itu datangnya dari Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan