Jumaat, 8 Ogos 2014

Permintaan Buah Kelapa Tua Semakin Meluas

Siapa kata dizaman serba moden dan pesat membangun ini hanya buah kelapa sawit dan getah yang tetap memiliki tempat di dalam dunia perniagaan dan pertanian?Mungkin kelapa ini tidak berharga di dalam kehidupan masyarakat setempat masakini.Namun,menjelang tahun 2010,penjualan buah kelapa tua semakin meningkat dan menarik minat para pekebun kelapa untuk terus mengusahakan kelapa.Mereka tidak menebang atau meracun pokok kelapa meskipun mereka mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit.
Dunia hari ini,para pembeli buah kelapa tua akan membeli secara borong dan terus kepada pekebun.
Disamping mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit,tidak salah jika kita meneruskan perusahaan kelapa kerana makin hari makin ramai yang bersaing mengusahakan kelapa sawit.Kita tentu faham keadaan turun naik harga tanaman dipasaran.
Sebenarnya buah kelapa yang sudah tua banyak kegunaannya dari makanan sampai kepada rawatan.Jadi perlu kita pertimbangkan sama ada kita pupuskan penanaman kelapa atau sebaliknya.Perlu juga diingat bahawa,sebelum manusia mampu memiliki bibit getah dan sawit,kelapa adalah pilihan asas dan penampung hidup sebuah keluarga khususnya masyarakat dusun di Sabah ini.


Khamis, 7 Ogos 2014

Puting Beliung melanda kawasan Mempakad Laut-Mempakad Darat

Rabu,jam 7pm.
Kawasan Mempakad Laut dilanda puting beliung mengakibatkan seorang warga emas cedera dan penduduk di sekitar kawasan ini kehilangan rumah.Beberapa tiang elektrik patah dan bekalan elektrik putus.Bukan sahaja kawasan mempakad laut tetapi kawasan batu satu(mempakad Darat) juga terlibat terkena tempias puting beliung tersebut.Penduduk disini turut mengalami nasib yg sama.Batu satu berhampiran dengan kawasan laut.
Diharapkan penduduk yang menjadi mangsa puting beliung ini mendapat perhatian oleh pihak berwajib.

Selasa, 5 Ogos 2014

Kg.Mempakad Darat

Kg.Mempakad Darat merupakan sebuah kampung yang sederhana luas.Saya tidak dapat menyatakan jumlah penduduk dan hektar keluasan namun yang jelas sempadan kg.mempakad Laut dan kampung Mempakad Darat ialah simpang Jalan Hup Seng(batu1-batu4).Penduduk yang mendiami kawasan mempakad darat ini ialah kimaragang.Mereka hidup bercucuk tanam,mengusahakan binatang ternakan dan sumber air adalah dari perigi atau telaga dan sungai.Penduduk disini mengalami kekurangan bekalan air apabila tiba musim kemarau kerana tidak mempunyai bekalan air paip yang cukup.Namun dari segi ekonomi cukup sederhana dan mulai meningkat.Mereka sudah mula melangkah ke arah pertanian moden seperti mengusahakan kebun getah,kelapa sawit dan penanaman lada padi secara terkini.
Tetapi mereka masih mengekalkan kebun kelapa.Permintaan buah kelapa makin meningkat sebenarnya.Apalagi musim perayaan.Buah kelapa yang sudah tua dibeli secara borong oleh induvidu yang tertentu.Baru baru ini ketika saya ke kota kinabalu,saya sempat meninjau ke "pasar plipin",saya terkejut melihat harga kelapa muda rm4,5,6 sebiji.Tetapi orang yang membeli secara borong selalunya membayar rm0.80 sebiji kelapa muda kepada penduduk disini.
Walaupun pada hakikatnya penduduk kg mempakad darat masih dalam ekonomi yang membimbangkan namun mereka tidak kekurangan budi pekerti dan memiliki kerendahan hati yang luar biasa.Mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka miliki itu datangnya dari Tuhan.